Suami maut kemalangan, wanita rayu sumbangan ringankan beban sara 4 anak

KOTA BHARU – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasih yang menimpa seorang wanita yang terpaksa menjaga empat anaknya yang masih kecil selepas suaminya maut dalam kemalangan, dua bulan lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa Rostam Mamat meninggal dunia akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Peringat, Melor.

Pemergian ketua keluarga secara tiba-tiba menyebabkan isteri arwah, Noriah Ismail terpaksa menggalas tugas mencari rezeki dgn membuat kuih untuk menyara empat anaknya yang berusia antara 5 hingga 11 tahun.

Walaupun terpaksa bangun seawal 5 pagi setiap hari membuat kuih untuk diletakkan di gerai-gerai yang berhampiran sebelum menghantar anak-anak ke sekolah, Noriah redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Menyedari hasil dari membuat kuih yang tidak seberapa ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang melanda, Noriah mengambil keputusan untuk mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dua minggu lalu dan berharap permohonannya diluluskan oleh pihak berkenaan.

Dia yang kini menetap di sebuah rumah usang peninggalan arwah datuknya bagaimanapun pasarah dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

Sama-sama kita doakan semoga dia terus diberi kesihatan agar mampu membesarkan anak-anak.

Jika ada yang sudi membantu meringankan bebanan mereka sekeluarga bolehlah menghubungi Noriah di talian 017-9529511 atau menghulurkan sumbangan ke akaun BSN bernombor 0301441100032002 atas nama Noriah binti Ismail.

The post Suami maut kemalangan, wanita rayu sumbangan ringankan beban sara 4 anak first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments