BUENOS AIRES: Kerajaan Argentina, semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan meredakan langkah pencegahan COVID-19 di negara itu walaupun kadar jangkitan terus meningkat.
Justeru, mulai Isnin ini perniagaan, industri dan aktiviti profesional tertentu yang kurang penting dibuka semula.
Rakyatnya juga akan dibenarkan keluar untuk bersukan dan mengunjungi tempat ibadah.
"Usaha mengatasi situasi ini masih panjang lagi. Risikonya masih belum ada," kata Presidennya, Alberto Fernandez.
"Kami akan berusaha kembali dengan melakukan aktiviti dalam suasana normal baharu dengan memerlukan perhatian yang berbeza." katanya.
Argentina yang mempunyai 44 juta penduduk, merekodkan hampir 115,000 kes COVID-19 dengan jumlah kematian melebihi 2,100 orang.- AFP
Sumber : Redakan langkah pencegahan COVID-19
0 Comments