Bukan warganegara, Mat Dan sedih tak dapat tunai solat Jumaat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuat kuasakan 10 Jun lalu, solat Jumaat dan solat berjemaah telah dibenarkan di semua masjid dan surau di setiap negeri.

Namun, buat masa ini kebenaran itu hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja bagi mengawal penularan COVID-19.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang warga asing antaranya selebriti terkenal, Mat Dan yang merupakan warganegara United Kingdom.

Mnerusi laman Instagram miliknya, Mat Dan meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut walaupun sudah menetap di Malaysia lebih daripada 10 tahun dan fasih bercakap loghat Terengganu.

“Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Mintak pandangan anda semua…😌

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Namun, Mat Dan tetap redha dengan apa yang berlaku dan sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota Rela yang bertugas dan juga masyarakat yang sama-sama memberikan pandangan berkenaan isu tersebut.

“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen telah menzahirkan rasa simpati diatas apa yang berlaku dan memahami perasaan beliau yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana perlu patuh dengan SOP yang ditetapkan.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments