
LONDON: Harry Winks mendedahkan pemain-pemain Spurs turut bertegang urat selepas kekalahan kepada Sheffield United.
Kemenangan 1-0 Tottenham ke atas Everton awal pagi tadi dicemari pertengkaran antara kapten Hugo Lloris dan Son Heung-min ketika rehat.
Pengendali Spurs Jose Mourinho mendakwa pergaduhan itu "cantik" dan dia tidak mahu "pemain-pemain sopannya" memenangi Piala Fair Play musim ini.
"Pasukan-pasukan saya yang menang sering bergaduh besar," kata Mourinho.
Menurut Winks pemain-pemain sudah mula menunjukkan sikap tidak berpuas hati sejak kekalahan di Bramall Lane.
"Kami mengkritik sesama sendiri selepas satu-satu kekalahan atau perlawanan yang tidak menepati kehendak kami.
"Kami akan berterus-terang. Selepas perlawanan menentangn Sheffield, ia bukan perlawanan yang baik, dan kami mengkritik satu sama lain.
"Apa yang paling penting adalah kami mampu menterjemahkannya di atas padang.
"Kami boleh bercakap apa saja dalam bilik persalinan dan dalam mesyuarat pasukan, tetapi ia perlu dibuktikan di atas padang dan hari ini saya rasa kami menuju ke arah yang betul," kata Winks. - AGENSI
Sumber : Spurs "gaduh" demi tiga mata
0 Comments