Susulan Dkwaan JaIin Hbungn SuIit Dgn Suami Org, Ini Penjelasan Mengejutkan Pelakon AIya lman

Heboh di media sosial hari ini apabila seorang pelakon muda dikatakan menjalin hbungn dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Sebelum itu, pendedahan tersebut dibuat oleh isteri kepada lelaki yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Tampil bersuara, pelakon baru bernama Alya Iman mengaku pernah bertunang dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari lalu.

Pengakuan berani Alya yang juga anak pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha itu, sekali gus menjawab segala dakwaan ‘kurang enak’ yang dibuat isteri ahli perniagaan itu di media sosial.

Sudah putuskan hbungn dan ikatan pertunangan

Alya berkata dia kini sudah memutuskan perhbungan dan ikatan pertunangan itu apabila kehadirannya di sisi lelaki berkenaan sebenarnya tidak diketahui dan dipersetujui oleh si isteri.

” Benar, pada jam 8 malam, tarikh 27 Februari lalu, saya sudah bertunang dengan seorang individu berusia 30 tahun yang statusnya berkahwin serta mempunyai dua anak.

” Majlis pertunangan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat saya. Apapun, sebelum itu (bertunang) saya difahamkan bahawa isterinya sudah bersetuju dengan kehadiran saya untuk jadi isteri kedua.

” Bagaimanapun, pada Mac lalu saya akhirnya memutuskan pertunangan kami apabila mengetahui kewujudan saya tidak diketahui dan dipersetujui oleh isterinya.

” Segala hadiah yang diberikannya kepada saya pun, sudah di pulangkan kerana saya rasa bersalah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Alya lagi, dia reda apabila hbungannya tidak bertahan lama dengan lelaki itu dan memohon maaf kepada pihak yang sudah terluka.

” Saya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

” Saya mohon doa, sokongan dan dokongan daripada semua pihak supaya perkara ini dapat saya tempuhi dengan baik.

” Sesungguhnya, saya percaya apa yang berlaku sangat mematangkan diri ini. Justeru, saya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

” Pada waktu ini, saya mahu meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik lagi,” katanya.

Terdahulu, anak perempuan Allayarham Azmil yang cukup popular dengan filem Ali Setan itu didakwa menjalin hbungn svlit dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

Dakwaan berkenaan dilakukan sendiri oleh isteri ahli perniagaan itu di platform media sosial hingga kisah mereka menjadi tular pada kalangan warganet.

Sebelum ini, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil turut menepis dakwaan yang mengatakan dirinya sekarang menjalin hbungn rapat dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments