Tanah runtuh di Pos Lenjang dan Pos Titom, 3 rumah hanyut

LIPIS: Hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan tanah runtuh berlaku di Pos Lenjang dan Pos Titom, di sini, petang tadi.

Malah, arus deras Sungai Lenjang bersama kepala air yang membawa kayu bersaiz besar turut menyebabkan jambatan konkrit di Pos Lenjang terputus, manakala tiga rumah penduduk hanyut.

Hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan tanah runtuh berlaku di Pos Lenjang dan Pos Titom, manakala arus deras Sungai Lenjang bersama kepala air yang membawa kayu bersaiz besar turut menyebabkan jambatan konkrit di Pos Lenjang terputus dan tiga rumah penduduk hanyut. - NSTP/FOTO IHSAN PEMBACA

Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir, berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.43 petang tadi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, insiden terbabit juga menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lenjang dan (SK) Titom terputus hubungan apabila jalan utama ke sekolah berkenaan rosak serta jambatan runtuh.

Hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan tanah runtuh berlaku di Pos Lenjang dan Pos Titom, manakala arus deras Sungai Lenjang bersama kepala air yang membawa kayu bersaiz besar turut menyebabkan jambatan konkrit di Pos Lenjang terputus dan tiga rumah penduduk hanyut. - NSTP/FOTO IHSAN PEMBACA
Hujan lebat sejak dua hari lalu menyebabkan tanah runtuh berlaku di Pos Lenjang dan Pos Titom, manakala arus deras Sungai Lenjang bersama kepala air yang membawa kayu bersaiz besar turut menyebabkan jambatan konkrit di Pos Lenjang terputus dan tiga rumah penduduk hanyut. - NSTP/FOTO IHSAN PEMBACA

"Selain itu, tiga rumah dilanda kepala air tetapi semua penghuninya berjaya menyelamatkan diri.

"Anggota bomba sedang membuat pemantauan bagi memastikan lokasi kejadian berada dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini.

Sementara itu, difahamkan beberapa guru terperangkap di kawasan SK Titom berikutan kejadian berkenaan.

Sumber : Tanah runtuh di Pos Lenjang dan Pos Titom, 3 rumah hanyut

Post a Comment

0 Comments