
KUALA LUMPUR: Seramai 51 individu dikompaun, manakala 28 lagi dikenakan tahanan reman selepas didapati mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan berkenaan termasuk aktiviti di dalam kelab malam atau pub, gagal menyediakan peralatan dan catitan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa, parti persendirian serta aktiviti yang menyukarkan pelaksanaan peraturan penjarakan fizikal.
Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata tindakan itu adalah hasil 64,776 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai pihak polis.
Sumber : 51 dikompaun, 28 direman ingkar SOP PKP
0 Comments