IPOH: Tujuh maut manakala tiga cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 5.55 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah Perodua Alza. Jumlah mangsa terbabit adalah seramai 10 orang.
"Jumlah mangsa terbabit dalam kemalangan ialah tujuh maut manakala tiga cedera. (Yang maut ialah) dua kanak kanak lelaki, (tiga) perempuan dewasa dan (dua) lelaki dewasa.
"Mangsa yang cedera pula membabitkan dua kanak kanak lelaki manakala satu lelaki dewasa cedera parah," katanya.
Katanya, tindakan operasi penyelamatan sedang dijalankan di lokasi dan maklumat akan dikemas kini daripada semasa ke semasa.
Sumber : 7 maut, 3 cedera, treler rempuh MPV ke Cameron Highlands
0 Comments