Sebuah pusat hiburan di Jalan Bunga Raya, Kuah, Langkawi diserbu poIis semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam serbuan Ops Hiburan bermula 2 pagi itu, terdapat 29 pelanggan termasuk seorang pemilik premis hiburan itu sedang berhibur tanpa menyedari kehadiran poIis.
Hasil tinjauan mendapati, pintu di bahagian depan premis itu tertutup rapat seolah-olah tidak beroperasi dan pelanggan hanya dibenarkan masuk melalui pintu belakang.
Wartawan yang turut menyertai operasi itu mendapati terdapat beberapa kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di luar premis berkenaan yang berfungsi untuk memantau kehadiran pihak berkuasa.
Berikutan itu, pasukan poIis dari Bahagian Siasatan Jnayah Nrkotik, Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Langkawi yang diketuai Asisten Superintendan Meor Hishamudin Al Hafiz berjaya mengepung di tingkat bawah premis bangunan dua tingkat itu ketika serbuan dilakukan.
Malah, ketika itu, terdapat beberapa wanita dan lelaki berusia antara 16 hingga 40-an yang berada dalam premis itu langsung tidak sedar poIis tiba sehingga lampu dibuka.
Suami isteri ditahan, alasan isteri tidak mahu suami berf0ya-f0ya
Sementara itu, dalam operasi tersebut juga seorang wanita berusia 39 tahun yang mempunyai empat anak lelaki berusia enam hingga 16 tahun telah ditahan dalam serbuan itu.
Wanita tersebut sanggup menemani suami ke pusat hiburan kerana ingin merasai keseronokan selain bimbang lelaki itu berf0ya-f0ya dengan wanita lain.
Dalam serbuan antara jam 2 pagi dan berakhir jam 6 pagi tadi, wanita itu memaklumkan kepada poIis dia berkunjung ke klab maIam itu bagi merasai suasana di pusat hiburan.
Pasangan itu berkata dia tahu kesalahan dilakukannya namun bimbang suaminya berf0ya-f0ya dengan wanita lain di luar pengetahuannya.
Wanita ini dan suaminya berusia 40 tahun ditahan poIis bersama 27 individu lain kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
” Datang dengan suami, dia bawa datang sini.
” Saya tak minum. Ini kali ketiga (saya datang) sepanjang PKP,” kata wanita itu.
Sementara itu Timbalan Ketua PoIis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Roszemi Mat Derus berkata, pihaknya menahan 29 individu terbabit untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, ini memandangkan aktiviti pusat hiburan masih belum dibenarkan beroperasi di pulau itu.
” Hasil pemeriksaan mendapati semua mereka berkumpul dan tidak mengamalkan pnjarakan fizikal selain tidak memakai pelitup muka.
” Dalam keadaan penularan wabak COVlD-19 yang membimbangkan sekarang ini, tindakan mereka itu boleh mengundang masalah kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) ditetapkan.
” Selain itu, 29 individu itu disiasat mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana ingkar PKPP.
” Mereka dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melakukan kesalahan itu dan direman untuk membantu siasatan,” katanya.
via 1 MIN READ
0 Comments