Asri Janggut Akhirnya Mohon Maaf Selepas Selamba Cakap Polis Tak Jaga SoIat, ‘Saya Mengakui Kebdohan’

” Saya mengakui kebdohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM (PoIis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Saya mohon maaf sangat-sangat.”

Demikian permohonan maaf Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut selepas mencetuskan kontroversi dengan menuduh kebanyakan poIis dan tentera tidak menjaga soIat.

Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya itu.

Menurutnya, dia mengakui kesilapannya dan berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada masa depan.

” Saya Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan seh1na-h1nanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan kebdohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan mengatakan kebanyakan poIis malas soIat.

” Saya memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu, saya langsung tak berniat untuk guris hati rakan-rakan PDRM dan ATM.

” Saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya,” katanya,” katanya melalui rakaman video, di sini hari ini.

Terdahulu Ketua PoIis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan dibuat pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota PoIis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga soIat sebagai keterlaluan.

Beliau berkata, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai.

” Ini (soIat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan … didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan.

” Orang kena tahu PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat PoIis Daerah di seluruh negara mempunyai surau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan prasarana dan sentiasa memberi ruang untuk setiap pegawai serta anggota melaksanakan kewajipan masing-masing.

” Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang … itu antara diri masing-masing dengan Tuhan,” katanya.

Katanya, setiap calon konstabel dan pegawai bagi pengambilan baharu juga diwajibkan menjalani ujian agama.

” Ini telah lama dilakukan dan ujian kefahaman asas agama kepada calon agama Islam ini membolehkan PDRM nilai siapa yang layak untuk menjadi anggota poIis.

” Dalam Rukun Negara juga jelas mengatakan yang asasnya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Pucuk pimpinan tidak mahu orang berisiko diberi kuasa,” katanya.

Semalam, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam satu sidang media mendakwa anggota poIis serta tentera tidak menjaga soIat.

Sumber: hmetro




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments