Baru Sekejap Tiga Orang Anggota MBSA Kena Tahan, Ini Kata-Kata Mengejutkan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi anggota penguat kuasa agensi lain yang bakal ditahan berhubung kes melindungi aktiviti perjvdian dan penjualan rkok har4m di Sungai Buloh.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, setakat ini, pihaknya menahan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tidak tolak kemungkinan tindakan sama akan membabitkan penguat kuasa agensi lain.

” Yang mana pihak terlibat (dalam kes berkenaan) sudah tentu kita akan siasat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge, di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, Azam turut meminta supaya masyarakat bersabar supaya pihaknya dapat jalankan tindakan penguatkuasaan di bawah bidang kuasanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya turut dimaklumkan mengenai isu perjvdian yang dijalankan di kawasan lain selain di Sungai Buloh seperti didedahkan sebelum ini, Azam berkata, beliau tidak nafikan pihaknya ada menerima maklumat sedemikian dari seluruh negara.

” Saya tak nafikan kami terima maklumat dari seluruh negara berhubung kegiatan perjvdian, rumah urvt yang dilindungi oleh anggota penguat kuasa.

” Namun, kita perlukan bukti dan sokongan keterangan saksi ketika siasatan terhadap aduan berkenaan dijalankan. Saya memang puji kalau ada individu seumpama ini datang untuk beri maklumat dan sanggup bekerjasama.

” Kalau nak cari individu untuk dedahkan satu perkara dan jadi saksi, ia adalah amat sukar sekali.

” Saya boleh katakan perkara itu berleluasa di seluruh negara dan melalui perisikan, perkara itu memang berlaku,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menahan tiga anggota penguatkuasa MBSA di Cawangan Sungai Buloh kerana disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen di kawasan berkenaan.

Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disyaki mengutip dan menerima rasvah secara bulanan.

Seorang lagi kena tahan, kini jumlah 4 orang anggota MBSA ditahan

Sementara itu seorang lagi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disyaki menerima rasvah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan svspek ditahan setakat ini adalah seramai empat orang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, svspek keempat itu adalah anggota penguat kuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.

Beliau berkata, svspek berusia 39 tahun ini ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 5 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

” Svspek menerima rasvah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan yang dikutip untuk sebuah premis perniagaan di Sungai Buloh, kemudian svspek akan membahagikan wang kutipan itu kepada tiga lagi rakan svspek yang ditahan sebelum ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata, svspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok.

Sumber: hmetro




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments