9 pegawai kanan polis bebas selepas beri keterengan

KUALA LUMPUR – Empat Asisten Komisioner (ACP) adalah antara sembilan pegawai kanan polis yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam sindiket judi dalam talian dan penipuan.

Sumber berkata, dua daripada empat ACP berkenaan masing-masing Ketua dan Timbalan Ketua Jabatan di sebuah kontinjen, selesai direkod percakapan antara jam 1 hingga 2 pagi tadi.

“Dua lagi pegawai kanan berpangkat ACP yang turut dipanggil ialah dua ketua polis daerah manakala seorang lagi juga adalah ketua polis daerah berpangkat Superintendan (SUPT).

“Bakinya ialah tiga pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kontinjen Kuala Lumpur.

“Seorang lagi Deputi Superintendan (DSP) yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” katanya pada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, semua pegawai kanan berkenaan dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu membabitkan pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Pada Sabtu dan Ahad lalu, beberapa pegawai kanan polis yang bertugas di JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPD di sini, ditahan SPRM bagi membantu siasatan.

Mereka ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjudian dalam talian yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilapor mengesahkan penahanan 20 individu berdasarkan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’.

The post 9 pegawai kanan polis bebas selepas beri keterengan first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments