Seorang Sah Positif COVlD-19, Lebih Separuh Jururawat Terpaksa Dikuarantin. lCU Hspital KK Kini Lumpuh

Terkini, petugas barisan hadapan di wad unit rawatan rapi (lCU) di Hspital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu kini sedang bertungkus lumus menangai kes COVlD-19 selepas lebih daripada separuh rakan sekerja mereka kini terpaksa dikuarantin.

Maklumat yang diperolehi Malaysiakini melaporkan, seramai 40 daripada 66 jururawat yang menjaga wad lCU terbabit kini terpaksa dikuarantin setelah sekurang-kurangnya seorang kakitangan disahkan positif COVlD-19.

Sementara sumber rapat hspital terbabit juga memberitahu Malaysiakini bahawa kakitangan perubatan tersebut dijangkiti dari luar hspital sebelum mereka kembali bekerja.

Keadaan ini menyebabkan wad lCU menjadi tegang di saat pesakiit COVlD-19 yang kritikal mulai meningkat, yang mana rawatan lCU merupakan jalan terakhir antara hidup dan m4ti.

Hspital Queen Elizabeth II bukan merupakan hspital yang khas merawat COVlD-19 tetapi ditugaskan untuk membawa semua pesakiit lCU yang bukan pesakiit COVlD-19 dari Hspital Queen Elizabeth I, yang juga terletak di Kota Kinabalu.

Ini untuk membolehkan wad lCU di Hspital Queen Elizabeth I dikhaskan untuk pesakiit COVlD-19.

Bagaimanapun, berikutan wad lCU Hspital Queen Elizabeth II kini telah lumpvh, ini memberi kesan kepada kemampuan Hspital Queen Elizabeth I untuk memastikan katil mencukui bagi pesakiit COVlD-19.

Menteri Kesihatan, Adham Baba, ketika dihubungi mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya seorang jururawat di wad lCU terbabit dijangkiti COVlD-19 pada 8 Okt.

” Segala langkah pencegahan dan rawatan sudah dilakukan. Perincian berkenaan kedudukan lCU di Hspital Queen Elizabeth II adalah dibawah tindakan Jabatan Kesihatan Sabah,” katanya kepada Malaysiakini.

Adham juga berjanji bahawa usaha sedang dilakukan untuk memperkuatkan pasukan perubatan yang mengalami tekanan di wad lCU.

” (Kakitangan perubatan) telah digerakkan,” tambahnya.

Dengan hanya 26 jururawat yang tinggal, hspital tersebut terpaksa memindahkan sekurang-kurangnya dua pesakiit keluar dari wad lCU.

Malaysiakini difahamkan beberapa jururawat yang menjalani tempoh kuarantin itu kini mempunyai gejala yang melibatkan saluran pernfasan, namun ia tidak dapat disahkan mereka dijangkiti melalui rakan sekerja mereka.

Bagaimanapun, difahamkan mereka telah diletakkan di bawah kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Ujian saringan juga telah dilakukan kepada mereka dan juga pesakiit di wad yang telah mereka rawat.

Langkah-langkah keselamatan juga sedang dilakukan untuk mengawal kontak barisan hadapan di wad lCU dengan kakitangan perubatan lain di hspital.

Sehingga semalam, seramai 68 pesakiit positif COVlD-19 telah dimasukkan ke lCU.

Seramai 25 pesakiit ini memerlukan alat bantuan pernfasan.

Hspital kerajaan di Sabah mempunyai 72 katil lCU.

Usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan kapasiti katil di semua hspital di Sabah untuk mengatasi peningkatan kes COVlD-19.

Sehingga semalam, seramai 2,105 daripada 3,864 pesakiit yang menjalani rawatan COVlD-19 adalah dari Sabah.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments