Beruang matahari berkeliaran di kawasan rumah gusarkan penduduk

KUALA BERANG: Tiga beranak di Kampung Buluh, di sini, bimbang dengan kehadiran beruang matahari di kawasan rumah mereka di Kampung Buluh, di sini dipercayai untuk mencari madu.

Penduduk, Mokhtar Mahmud, 70, berkata kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Selasa lalu itu yang pertama dialami sejak lebih 40 tahun tinggal di rumah pusaka itu bersama isteri dan anaknya.

Ketika itu, katanya dia berada di luar rumah sebelum menyedari beruang matahari terbabit berada hanya lima meter dari saya.

"Saya tengok beruang itu panjat pokok di tepi rumah dan turun tidak lama kemudian namun tidak sampai 10 minit, beruang itu datang balik dan panjat semula pokok.

"Selepas dihalau beruang itu lari ke hutan berhampiran, namun kembali berkeliaran di kawasan rumah kira-kira jam 7.30 malam," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Mokhtar berkata, walaupun belum pernah berlaku kejadian haiwan itu menyerang penduduk di kampung berkenaan, kehadirannya tetap menimbulkan kebimbangan khuatir ia akan bertindak agresif.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof, ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu akan dilakukan.

Katanya, tindakan segera juga akan diambil untuk menangkap beruang matahari itu.



Sumber : Beruang matahari berkeliaran di kawasan rumah gusarkan penduduk

Post a Comment

0 Comments