BRNO, Republik Czech: Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder merangkul kejuaraan MotoGP Republik Czech di Litar Brno, di sini, sebentar tadi.
Pelumba berusia 24 tahun itu mencatat masa 41'38.764 untuk mengatasi pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Johann Zarco melengkapkan kedudukan podium selepas berada di kedudukan ketiga buat Esponsorama Racing, ketinggalan +6.470 di belakang Binder.
Sementara itu, impian seorang lagi pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo untuk mencipta kemenangan hatrik tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan ketujuh.
"Saya hilang kata-kata, macam mimpi menjadi kenyataan. Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya dan sejak dari awal perlumbaan saya mempunyai perasaan yang sangat baik," kata Binder.
- AGENSI
Sumber : Binder tawan MotoGP Republik Czech
0 Comments