Dah Menyesal Dan Minta Maaf, Tapi Rayhan Kabir Tetap Akan Diusir Keluar. Ini Penjelasan Terkini Imigresen

Kenyataan individu bernama Md Rayhan Kabir tentang pihak berkuasa Malaysia yang melayan tahanan pendatang asing seperti bin4tang telah menimbulkan kem4rahan ramai.

Rayhan yang tampil dalam rancangan dokumentari Al-Jazeera itu telah bersembunyi selepas diburu pihak polis, namun berjaya ditahan selepas 2 minggu.

Selepas ditahan, beberapa pihak telah bersuara meminta kerajaan agar tidak mengusir Rayhan.

Tetap akan diusir keluar

Terkini, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tetap akan diusir keluar setelah proses siasatan selesai.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

” Saya difahamkan hasil siasatan itu telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

” Setelah selesai proses itu, dia (Rayhan) akan dihantar pulang ke negara asalnya, Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pas lawatan kerja Rayhan juga sudah ditamatkan.

Ketika ditanya pemberita, Khairul Dzaimee berkata, beliau tidak boleh memberi tarikh jangkaan Rayhan akan dibawa keluar dari Malaysia.

” Cuma, penerbangan paling awal ke Bangladesh ialah pada 31 Ogos ini. Dia akan disenarai hitam untuk selama-lamanya,” katanya.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan (COVlD-19).

Rayhan mohon maaf 

Terdahulu, Rayhan Kabir memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera.

Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka kira-kira sejam di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

” Semasa sesi pertemuan itu, Rayhan meminta saya untuk menyampaikan permohonan maaf beliau kepada semua rakyat Malaysia dan anggota pengkuatkuasa,” katanya.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

 




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments