Baru sahaja beberapa hari lalu individu yang juga peniaga burger diangkat sebagai ‘hero’ selepas tampil membongkar kegiatan juudi di Sg Buloh.
Namun lain ceritanya pula hari ini apabila individu terbabit iaitu Mohd Asri Hamid membuat satu kenyataan yang mengejutkan ramai.
Asri, 42, atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.
Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya itu.
Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
” Hisap rkok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?
” Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?
” Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya,” itu antara petikan terpacul daripada mulut Asri Janggut yang tular.
Ramai netizen menyifatkan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu melakukan sangkaan buruk terhadap pasukan keselamatan.
Netizen korek rekod lampau Asri
Malah ada netizen di Facebook (FB) yang mengorek pula rekod lampau Asri Janggut termasuk mempunyai rekod jenayah memukul isterinya.
Pemilik akaun Nazirul Syahmi mendakwa Asri Janggut juga mempunyai rekod ugutan jnayah dan seIeweng wang syarikat.
Bagi pemilik akaun Man Putat’s pula katanya: ‘Sebab itu jangan dipuji terlalu tinggi, syaitan datang berbisik-bisik.’
Begitu juga komen pemilik akaun FB Harimau Putih Selatan: ‘kannn…dah jadi hero mula sembang kuat.’
Harian Metro cuba mendapatkan ulasan Asri Janggut, namun jawapannya menerusi WhatsApp memberitahu belum bersedia bertemu media.
” ‘Bismillah..wassalam. Buat masa ini keadaan saya amat tertekan dengan apa yang berlaku.
” Buat masa ini saya belum bersedia bertemu dengan media,” katanya.
Difahamkan, jam 2 petang ini dia akan membuat kenyataan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disiarkan secara langsung.
Sabtu lalu, pendedahannya mengenai rumah juudi dan penjualan rkok selvdup di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menjadikan dia umpama hero dan menggemparkan negara.
Hasil penangan video beliau juga telah menyebabkan empat orang pegawai penguat kuasa sudah ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasvah.
Tiga daripada penguat kuasa itu dari Cawangan MBSA Sungai Buloh manakala seorang daripada MBSA Shah Alam.
Penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.
Turut ditahan, peniaga rkok selvdup dari Aceh yang turut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.
Peniaga berkenaan telah beroperasi sejak tahun 2019 dan dikatakan menbayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa MBSA bagi mengelakkan sebarang tindakan.
Sumber: hmetro
via 1 MIN READ

0 Comments