
KUALA LUMPUR: Inix Technologies Holdings Bhd (Inix Technology) melantik hartawan dari Hong Kong, Chak Ho Sum sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya yang baharu.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Ho Sum adalah ahli perniagaan yang terkenal di Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara serta memegang jawatan di dalam 13 syarikat.
"Beliau berperanan sebagai Pengarah Eksekutif untuk syarikat Fighting Creative and Culture Production; Blue Moon Music and Culture Limited; Time Film Production Company; Time Sports Club dan Hong Kong New Territories Hydroponics Company.
"Ho Sum juga adalah Pengarah Persembahan Kesenian Kelab Sukan Budaya, Hong Kong Elderly Cultural Association serta Pengarah Majlis Perniagaan China dan Majlis Perdagangan Antarabangsa China.
"Selain itu, beliau adalah Presiden Kehormat Hong Kong MX Club; Rescue Boat Association of Hong Kong; Malaysia Dragon and Lion Club dan Pegawai Kehormat Jiaojing Longtan Guanyin Temple," katanya.
Inix Technology sebelum ini turut melantik hartawan berpengaruh dari Macau, Wan Kuok Koi sebagai pengerusinya selain dua lagi pelantikan membabitkan Datuk Tan Choon Hwa dan Lee Han Keat, masing-masing sebagai Naib Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Inix Technology.
Sumber : Ho Sum pengarah baharu Inix Technologies
0 Comments