Isu Beri 2 Markah Kepada Peserta. Khir Rahman Mula Bersuara Dan Sound Balik Ajai, Anggap GiIa Viral

Terkini, pelakon berkaliber, Khir Rahman menyifatkan tindakan penyanyi dan komposer Ajai memberikan markah 2 peratus kepada bintang Big Stage 2020 adalah kurang matang.

Jelas Khir, secara peribadinya, markah 2 peratus itu wajar diberikan kepada Ajai daripada sudut kematangan manusiawi.

” Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi.

” 60/100 daripada sudut giIa viral,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Susulan itu Ajai menerima kec4man hebat netizen di laman sosial.

Tindakan Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.

Ajai kata dia hanya mahu bantu peserta

Mengakui jujur dalam menilai setiap persembahan peserta, Ajai berkata tindakannya itu adalah untuk mendidik setiap penyanyi dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

” Itu markah profesional daripada saya, tak ada dalam dunia orang bagi point kalau salah key… saya hanya kongsi, kalau benda tu palsu takkan saya nak kena cakap bohong.

” Semuanya sumbang, saya tak mahu hipokrit sebab orang bayar saya untuk beritahu apa yang perlu diperbetulkan, anggap sahaja ia benda positif untuk diperbaiki.

” Kalau ikutkan saya tak nak bagi point pun sebab tak pass tapi saya kena bagi satu markah pada vokal dan kreativiti… tak boleh tinggal kosong!,” katanya.

Semasa memberikan komen, Hafiz yang menyampaikan lagu Fly Me To The Moon diminta untuk tidak meneruskan nyanyian sumbangnya dan lebih baik diam atau buat-buat pengsan.

Sementara itu, Ajai berkata dia bukanlah seorang juri yang kejam, namun dalam hal ini dia mahu berkongsi dengan pelapis baharu supaya serius terhadap bidang nyanyian yang mereka ceburi.

” Saya tak anggap saya jahat, sampai bila nak bagi point tapi benda tu tak baik…

” Macam saya cakap biar generasi baharu ini lihat penonton mereka di laman sosial setanding banyak dengan pengetahuan mereka! Saya tak mahu views tinggi berpuluh juta tapi menyanyi ‘hado’.

” Dia (Hafiz) kena kuat mental dan fizikal… pada yang hentam saya, tak perlu sebab education itu hanya saya tahu.

” Walaupun nampak ini hiburan tapi pendidikan nak bagi orang dengar cara menyanyi yang tepat dan betul.

” Itu yang kita nak ajar… tak ada orang berani sebab takut populariti jatuh tapi saya nak mengajar, suka atau tidak ilmu itu saya tahu.

” Saya nak bantu artis yang awak suka ini untuk jadi orang yang betul!,” ujarnya.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments