Jawapan Padu PU Azman Selepas Abu Syafiq Kata Pendapatan Youtuber Banyak Yang Haram

Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan laman YouTube merupakan salah satu medium dakwah dan tidak patut dipersalahkan.

Pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon itu berkata medium itu akan menjadi berfaedah jika pengisiannya memberi manafaat kepada agama dan masyarakat.

” YouTube merupakan salah satu medium dakwah. Medium ini tidak bersalah.

” Yang perlu diperbaiki adalah pengisiannya, bukan hapuskan kerjaya di YouTube.

” Islam adalah agama yang memberikan motivasi kepada para YouTube untuk menghasilkan karya bermanfaat untuk agama dan masyarakat,” jelasnya.

PU Azman memberi penjelasan itu bagi menjawab isu mengenai pendapatan dari Youtube adalah har4m

Kata PU Azman jika pengkarya laman YouTube itu menghasilkan karya yang bermanfaat, ia boleh dianggap sebagai satu jihad.

” Kita sentiasa mendoakan agar para YouTuber sentiasa dibimbing Allah untuk menghasilkan karya segar, bermanfaat dan berpengaruh untuk memberi anjakan kepada gandar fikir bangsa.

” Dakwah melalui media sosial yang salah satunya youtube boleh dianggap sebagai satu jihad,” katanya lagi.

Abu Syafiq kata bukan semua Youtuber, tapi sesetengah..

Terdahulu, pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakannya har4m.

Menurut Abu, pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.

” Pendapatan dari Youtuber ada halal ada har4m. Namun kini banyak yang har4m juga.

” Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi.

” Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya di Instagram (IG).

Tegas Abu, seeloknya jauhkan diri daripada ftnah kerana di luar sana banyak kerja lain yang boleh dilakukan.

” Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi ftnah Youtuber yang jenis sering memftnah.

” Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Abu tidak menyatakan siapa gerangan yang ditujukan.

Abu Syafiq turut mengesyorkan kerajaan menyekat Youtuber yang membuat video berunsur ftnah kerana ia memudaratkan negara dan menggalakkan perbalahan masyarakat.

Ajak Youtuber berdebat..

Sementera dalam perkongsian terbaru pula, Abu Syafiq mengatakan ramai youtuber dan netizen sentap dengan kenyataan awal beliau.

” Ok saya syorkan kita buat diskusi atas Status saya tersebut. Mohon sahut..Diskusi Ilmiah.

” DM/PM saya. Jangan takut anggaplah macam ala2 yang kalah debat tapi stay provok menang konon. Cepat!

” Diskusi Ilmiah pasal Pendapatan Youtuber.

” Saya tetap dengan pendirian saya dan ramai lagi. Jadilah Youtuber yang menjauhi ftnah dan har4m. Beryoutuberlah dengan kebaikan kerana ada halal ada har4m. Kejarlah yang Halal.”, tulis Abu Syafiq




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments