Jumpa Burung Bersarang Atas Kereta Mewah, Tindakan Putera Mahkota Ini Mengejutkan Ramai

Sejak kebelakangan ini kita sering dihidangkan dengan kisah kekej4man terhadap haiwan yang mengundang amarah dan rasa kecewa.

Namun, apa yang berlaku di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini jelas berbeza.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum dalam satu perkongsian di IG Stories miliknya pada pagi Isnin menunjukkan satu ‘penemuan’ yang tidak disangka.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta beliau.

Kerana kasih pada makhluk Tuhan yang ‘tumpang’ bersarang di cermin kereta miliknya, beliau memilih untuk membiarkan saja haiwan itu bersarang di situ.

Malah lebih daripada itu, beliau turut meletakkan kon di sekeliling SUV Mercedes-AMG G63 miliknya agar burung tersebut tidak diganggu.

Bukan itu saja, beliau juga tidak membenarkan kakitangannya untuk menghampiri kenderaan itu supaya tidak menakut-nakutkan haiwan tersebut.

Kawasan tempat letak kereta tersebut kemudiannya di pagar dengan pita berwarna merah supaya tiada yang mengganggu burung tersebut.

Golongan kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) sememangnya dikenali dengan sikap pemurah dan prihatin.

Pada Jun lalu, Sheikh Hamdan dilapor kembali ke sebuah fasiliti perubatan hanya untuk bergambar bersama seorang kakitangan yang terlepas peluang bergambar bersamanya dalam sesi lawatan sebelum itu.

Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum merupakan putera raja terkaya di Dubai.

Dia adalah anak kedua kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu. Sheikh Hamdan juga lebih dikenali dengan nama glamornya, Fazza.

Dilahirkan di istana dan merupakan salah seorang daripada 20 putera dan puteri Sheikh Mohammed Rashid, baginda bakal dilantik sebagai Raja UAE.

Baginda hanya berusia 19 tahun ketika ditugaskan melindungi Dubai menerusi ketenteraan bersenjata.

Putera Mahkota Dubai itu juga mengikuti jejak langkah ayahandanya untuk menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom pada 2001. Selepas Sandhurst, baginda meneruskan pengajian di London School of Economics.

Empat tahun kemudian, Sheikh Hamdan dilantik untuk memegang jawatan rasminya yang pertama iaitu sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Dubai pada September 2006.

Kira-kira dua tahun selepas itu, baginda dimahkotakan sebagai Putera Mahkota Dubai dan menggalas lebih banyak tanggungjawab diraja, selain memiliki kakitangan dan pejabat sendiri.

Sheikh Hamdan juga merupakan seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti berlumba bot, terjunan udara, menyelam dasar laut dan menunggang kuda ketahanan (endurance)




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments