Kluster PUI Sivagangga: Orang awam diingatkan tidak ancam kes indeks

Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman

[email protected]

PUTRAJAYA: Orang awam diingatkan supaya tidak membuat sebarang ancaman sehingga melanggar undang-undang, termasuk secara fizikal, terhadap kes indeks Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebaliknya mereka harus menyerahkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan menggunakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau berkata, tindakan Kementerian Kesihatan berhubung kluster itu pula diambil dari sudut kesihatan untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti terbabit.

"Individu itu memang sudah melanggar kepatuhan dan kita telah mendendanya.

"Dia kemudian didapati positif serta dimasukkan ke hospital, dan saya mengesyorkan supaya tindakan undang-undang diambil mengikut peraturan dan juga Akta 342.

"Jangan kita menjalankan atau mengambil undang-undang di tangan sendiri, biarlah penguatkuasaan dijalankan dengan menggunakan Akta 342 dan akta lain," katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak didakwa membuat ancaman, termasuk secara fizikal, terhadap kes indeks Kluster PUI Sivagangga.



Sumber : Kluster PUI Sivagangga: Orang awam diingatkan tidak ancam kes indeks

Post a Comment

0 Comments