[VIDEO] Cuba Jual Kasut Biasa RM30,000, Peniaga Ini Dikr!tik ‘Collector’ Tidak Ikut Harga Pasaran

Dalam scene jual beli kasut, ia adalah perkara biasa untuk penjual menjual barangan dengan harga lebih tinggi daripada harga sebenar kasut tersebut. Harga sesuatu kasut ditentukan dari pelbagai aspek antaranya kuantiti yang dihasilkan untuk sesuatu model, populariti dan permintaan.

Namun setiap model mempunyai harga silingnya dan cuba menjual lebih daripada harga pasaran adalah sesuatu yang mengarut. Lebih-lebih lagi jika harganya tidak masuk akal.

Seorang peniaga tempatan yang kini berada di Korea Selatan menjadi buah mulut sneakerheads tempatan apabila beliau didkwa menjual kasut pada harga yang tidak masuk akal. Antara yang meraih perhatian adalah apabila beliau mendkwa harga pasaran untuk kasut Nike Air Jordan 1 Retro High ‘Mocha’ ketika ini adalah sekitar RM30,000. Satu harga yang sangat tinggi.

Buat anda yang tidak tahu, salah satu cara peniaga dan pembeli barangan streetwear menyemak harga pasaran sesuatu kasut adalah dengan membuat semakan di laman StockX. Di sini, segala kasut yang sedang panas dan mendapat permintaan tinggi dapat diketahui anggaran harganya.

Melalui semakan kami di StockX, untuk model Air Jordan Mocha ini, harga pasarannya hanyalah sekitar USD480 (~RM1,971) untuk saiz yang dinyatakan peniaga tersebut. Berbeza RM28,000 dengan harga yang peniaga itu mahu.

Di sini kita tidak tahu sama ada peniaga berkenaan mahu cuba nasib (andai ada yang mahu beli dengan harga tersebut) atau beliau memang tidak tahu harga pasaran sebenar untuk kasut tersebut.

Dengan harga RM30,000, anda sebenarnya boleh membeli Nike Air Jordan 1 Retro High Dior, model yang jauh lebih rare dan berharga untuk disimpan.

Penyokong peniaga tersebut berpegang teguh kepada konsep willing buyer willing seller, jika setuju dengan harga yang ditetapkan, setuju untuk bayar. Tetapi yang salahnya adalah apabila peniaga overclaim harga pasaran sesuatu barangan untuk mendapat keuntungan yang lebih.

FZHD merupakan salah seorang collector yang tidak bersetuju dengan konsep overclaim ini. Baginya men!pu pembeli ini adalah perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh penjual kerana ia bakal menjejaskan reputasi penjual itu sendiri di masa akan datang.

Apa pun, anda sebagai pembeli dinasihatkan mempunyai knowledge dan pengetahuan untuk barangan yang anda mahu beli supaya anda tidak terpedaya dengan harga yang diletak oleh penjual. Dari situ, anda boleh nego harga tersebut sehingga setuju dengan harga yang anda rasa puas hati untuk membayar.

Nasihat kami, jika anda berminat dengan sesuatu barangan, selidik dahulu harga pasaran untuk barang berkenaan. Kalau barangan streetwear, anda boleh ke StockX untuk dapatkan anggaran harga pasaran sesuatu model. Jadilah pembeli yang bijak. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Youtube FZHD

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : [VIDEO] Cuba Jual Kasut Biasa RM30,000, Peniaga Ini Dikr!tik ‘Collector’ Tidak Ikut Harga Pasaran

Post a Comment

0 Comments