Nur Sajat dikehendaki polis, bantu kes tukar maklumat kad pengenalan

POLIS sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dalam satu kenyataan berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Alamat terakhir dikesan di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.

Waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes menghina Islam tanpa sebarang sebab. -K! ONLINE

The post Nur Sajat dikehendaki polis, bantu kes tukar maklumat kad pengenalan first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments