Lebih 100 terbunuh dalam letupan di Beirut

BEIRUT: Pertubuhan Palang Merah Lubnan mengesahkan lebih 100 mangsa terkorban dan lebih 4,000 cedera dalam letupan di kawasan pelabuhan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, letupan petang semalam yang menggegarkan ibu kota itu didakwa berpunca daripada 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.

"Setakat ini, lebih 4,000 orang cedera dan 100 terkorban, pasukan kami masih meneruskan kerja mencari dan menyelamat di kawasan persekitaran," katanya. - AFP



Sumber : Lebih 100 terbunuh dalam letupan di Beirut

Post a Comment

0 Comments