KUALA LUMPUR: Penghijrahan Luqman Hakim Shamsudin ke KV Kortrijk terus mendapat sambutan baik dari kelab Belgium itu.
Sebelum ini, kelab milik Tan Sri Vincent Tan itu menyiarkan video eksklusif pengenalan Luqman sebagai pemain mereka selepas bintang muda berusia 18 tahun sah menandatangani kontrak lima tahun, pada Khamis lalu.
Terbaharu, KV Kortrijk melancarkan peraduan kepada peminat untuk memenangi jersi yang akan dipakai Luqman bersama kelab berkenaan.
Peminat hanya perlu menekan butang 'like' dan kongsikan video di laman sosial kelab itu serta menandakan atau 'tag' dua kenalan.
Video yang dimuat naik KV Kortrijk di Facebook mereka hari ini memaparkan proses penyediaan jersi 'nombor 9' yang tertera nama Luqman.
Luqman berangkat ke Belgium jam 2.05 pagi tadi dan dijangka menyertai kelab selepas tempoh kuarantin.
Sumber : Luqman pakai jersi nombor 9
0 Comments