NUTP mahu kerajaan perketat SOP sekolah di kawasan Kluster Tawar

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk murid sekolah di kawasan Kluster Tawar di Kedah.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata NUTP risau dengan pengumuman Kementerian Kesihatan berkenaan penularan COVID-19 daripada Kluster Tawar yang merekodkan lima kes membabitkan murid sekolah.

"Menurut Kementerian Kesihatan, penularan dalam kalangan lima murid sekolah rendah itu berpunca daripada ibu kepada seorang mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harry berkata, merujuk kepada Garis Panduan Pengendalian Isu Berhubung Penularan Jangkitan Wabak COVID-19, NUTP mendapati terdapat kelonggaran dalam Perkara 8 iaitu Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pelepasan khas daripada bertugas selama tujuh hari atau bekerja dari rumah kepada pegawai yang terbabit.

Katanya, sewajarnya pegawai terbabit diberikan pelepasan khas daripada bertugas selama tujuh hari atau bekerja dari rumah.



Sumber : NUTP mahu kerajaan perketat SOP sekolah di kawasan Kluster Tawar

Post a Comment

0 Comments