Sejak hari ini tular video seorang penunggang motosikal dit3ndang anggota polis trafik hingga terjatuh di Jalan Temple, Sibu, hari ini.
Susulan itu, Polis Sarawak menjelaskan sedang menyiasat anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu akibat kjadian tersebut.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.
” Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, kejadian berlaku ketika anggota trafik membuat pemeriksaan mengejut ‘Op Motosikal’ di Jalan Temple sekitar jam 12.15 tengah hari.
Kejadian itu dirakam orang awam dan tular di media sosial sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.
Menerusi Rakaman video berduarasi 15 saat itu memaparkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘U’ secara tiba-tiba selepas ditahan untuk pemeriksaan.
Penunggang motor tersebut ke lihatan enggan memberhentikan kenderaan menyebabkan anggota terpaksa menendang motor tersebut
Aidi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.
” Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang mel4wan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.
Reaksi warganet
Sementara itu pelbagai reaksi diberikan oleh warganet yang turut mempersoalakn cara anggota tersebut bertindak, kerana jarak motor dengan anggota polis itu masih dekat.
Kaedah mengambil kunci motor atau menarik tangan penunggan motor masih boleh di gunakn ketika berdepan dengan situasi tersebut
” Terima kasih juga kepada polis tu sbb tindakan flying kick dia tu menyelamatkan pengguna jalan raya yg lain drpd berdepan risiko berhadapan penunggang motosikal menentang arus.” tulis Izhar
” Kepada rakyat malaysia yg marah kat polis tu, meh sini aku nak tanya. Bukan ke sblm ni korang juga yg marah sgt dgn penunggang atau pemandu yg menentang arus???” tulis seorang netizan
” Kalau la yg kena flying kick penj3nayah yg dicari…. Rasa2 nak bagi reward ke atau tindakan tata tertib kat abg polis tu” kata Anep
Apa-apa pun kita serahkan kepada pihak berwajib untuk menjanlakan siasatan.
Sumber: musangviral
via 1 MIN READ
0 Comments