Rakyat Ikat Perut, Ahli Parlimen Kerajaan Tayang Makan Udang Galah. Ini Jumlah Bil Buat Semua Terkedu

AhIi Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan persoalan berhubung hidangan istimewa di bilik Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

P Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu, mendakwa hidangan bermula 13 Julai hingga 27 Ogos ini menelan belanja sehingga RM10,000 yang ditaja oleh kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Prabakaran, peruntukan tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kesan pandemik koronavirus (COVlD-19).

” Dalam jadual tersebut, antara kementerian dan GLC yang menaja jamuan itu ialah Kementerian Kewangan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Amanah Raya (Mara), Tekun, Prasarana, Felda dan MPOB (Malaysia Palm Oil Board).

” Saya ingin tanya, peruntukan yang digunakan oleh kementerian dan GLC ini duit siapa?

” Ini wang rakyat bagi tujuan memajukan negara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Prabakaran turut mempersoalkan keperluan disediakan hidangan tersebut kerana kafetaria telah disediakan di Parlimen untuk ahli Parlimen makan dan minum.

Rakyat ikat perut sehingga ada makan ubi kentang, tapi…

” Saya juga difahamkan ada ahli Parlimen yang membungkus dan membawa pulang ke rumah masing-masing.

” Dalam keadaan rakyat mengikat perut sehingga ada yang makan ubi kentang, ahli Parlimen kerajaan boleh makan udang galah, ketam, ayam kampung dan pelbagai masakan yang enak,” bidasnya.

Prabakaran pada sidang media sama turut mengajak peneroka Felda untuk hadir ke Parlimen pada 25 Ogos ini untuk makan bersama ahli Parlimen kerajaan kerana jamuan tersebut ditaja oleh Felda.

” Mereka menggunakan wang peneroka untuk mengadakan jamuan makan di Parlimen,” katanya.

Sementara itu Prabakaran turut berkongsi perkara tersebut di Facebook beliau.

Menerusi ruangan komen, segelintir bersetuju dengan Prabakaran, sementara terdapat juga yang mempersoalkan perkara itu ditimbulkan.

” Seumur hidup saya yang dah 31 tahun nih, belum pernah merasa udang galah masuk rumah haa” tulis Nurfadhilah

” Setuju YB.. gaji dan elaun semua YB pun patut dikurangkan tak kira belah mana.. nak pakai kereta mewah buat apa sedangkan rakyat pakai kereta murah.. asal dapat keperluan asas cukup la..naik kancil pun sampai juga” tulis Buzz

” Itu pun nak persoal ke? Itu hak dorang, lagipun tak logik lah semua tu kaya-kaya, takkan tak mampu bayar kot.. takkan lah dorang nak makan kentang goreng jer adoiii” tulis Izhar




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments