Rider Foodpanda ditumbuk dan disepak pelanggan ketika hantar pesanan

Sebelum ini tular di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk di kaunter pembayaran sebuah pasaraya kerana terpaksa beratur lama untuk membuat pembayaran.

Selang beberapa hari selepas itu, individu yang sama dikatakan tular kembali selepas bertindak memukul dan menyepak seorang rider Foodpanda ketika mangsa menghantar pesanan kepadanya.

Berikut apa yang diceritakan oleh rakan mangsa di Facebook miliknya:

Tadi aku menemani sahabat rider Saudara Muzammil Abdullah @ Zam (Foodpanda) membuat laporan polis setelah beliau dipukul dengan seorang pelanggan di sebuah homestay di Taman Seri Impian, Alma, Bukit Mertajam.

Tak tahu apa punca setelah sampai didepan rumah, si pelanggan tu terus keluar dari rumah (homestay) lalu maki hamun dengan perkataan kesat bermain sentimen perkauman terhadap Zam. Ada insiden dimana pelanggan membuang duit dilantai. Kemudian terus memukul Zam dibahagian badan dan menuju pula ke muka. Sahabat kami masih rasional tapi bila pelanggan meluru kearah motor dia dan ‘tauk’ barang2 didalam motor, Zam mula berang dan memberi tindakbalas sebab motorsikal itulah punca dia mencari rezeki untuk keluarga.

Saudara Zam juga memohon supaya perkara ini tidak menjadi isu perkauman kerana bukti rakaman CCTV dibawah telah diberikan pemilik homestay yang juga berbangsa Cina. Pemilik homestay simpati dan menyuruh sahabat kami ini membuat laporan polis dan membawa rakaman video CCTV sebagai bukti. Alhamdulillah report polis dah dibuat dengan kerjasama yang amat baik. Rupanya kami juga dapat tahu pelanggan yang sama juga telah viral baru2 ini di Tesco Alma.

Harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebab dah DUA kes dia buat pasai. Tak kena orang naya balik. Kami mohon semua rakyat Malaysia yang prihatin sama-sama bangkit menolak perbuatan macam ni tak kira Melayu, Orang Asli, Cina, Iban, India Kadazan dll. Semua orang nak hidup aman harmoni cuma ada segelintir yang gila yang perlu ditentang habis2an. Apa2pun kami minta janganlah layan rider macam ni. Banyak isu dah rider2 macam kami teraniaya. Kami cuma nak cari makan dengan cara halal dan berkat. Kerja penghantar makanan nielah wasilah kami sara kehidupan, bantu famili dan lain2 lagi.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments