Gara-Gara Komen ‘MaIu Aihh Kerja Doktor Tapi Beng4p’, Bekas Suami Lufya Sound Balik Rita Rudaini

Bekas suami kepada Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mula bersuara dengan meminta pelakon Rita Rudaini supaya tidak mencampuri urusan peribadi mereka.

Dr Che Hafiz berkata, Rita bukan orang yang sesuai untuk memberi komen berhubung nafkah memandangkan aktres tersebut tidak mempunyai kaitan dalam rumah tangganya.

Antara komen Rita yang ditulis di dalam entri Instagram Lufya ialah meminta agar Dr Che Hafiz tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah.

” Nak enjoy, enjoy laaa tapi jangan lupa bagi nafkah anak…dapat pahala…malu kat org aihhhh keja doctor tapi beng4p bab tanggungjawab..” tulis Rita

Antara komen Rita yang menimbulkan rasa kurang senang Dr Che Hafiz.

Susulan itu, Dr Che Hafiz berkata dia sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku dalam hubungan itu.

” Bagi saya, pihak luar tidak perlu la nak masuk campur dalam urusan peribadi saya dan bekas isteri. Dia pun tidak tahu keseluruhan kisah, jadi tidak perlu la nak komen berhubung perkara itu.

” Apa yang dia komen itu merupakan urusan peribadi saya dengan bekas isteri. Sepatutnya dia tidak perlu ambil tahu pun apa-apa sebab tiada kaitan dengan dia.

” Apa yang terjadi, hanya Allah saja mengetahui. Saya berserah dan sentiasa berdoa kepada Allah,” kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Sebelum ini menerusi sebuah laporan, Rita Rudaini menegur bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz supaya menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura.

Menurut pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak itu, dengan kecanggihan teknologi juga memudahkan urusan pemberian nafkah.

Rita tak perlu nak beri peringatan

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menegaskan, Rita tidak perlu memberi pengingatan kepadanya kerana dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

” Tolonglah… dia pun ada urusan peribadi yang saya tak masuk campur. Lagipun, saya sendiri pun tak kenal dia secara peribadi.

” Jangan risau tentang saya kerana saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Biarlah urusan peribadi saya dengan Lufya ini, kami selesaikan sendiri tanpa perlu melibatkan pihak luar,” ujarnya.

Dr Che Hafiz sah berrai dengan Lufya dengan talak satu pada 17 Jun lalu di Mhkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: mstar

 

 




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments