
BARCELONA: Lionel Messi "tidak mungkin" meninggalkan Barcelona musim panas ini menurut legenda Brazil, Ronaldo.
Bintang Argentina itu dilaporkan memberitahu gergasi Catalan berkenaan bahawa dia mahu 'segera' meninggalkan kelab selepas dimalukan dalam Liga Juara-Juara.
Tapi bekas tonggak Barca, Ronaldo tidak melihat ia akan berlaku dengan ketua di Nou Camp menetapkan klausa pelepasan bernilai £631 juta pound (RM3.453 bilion) yang perlu dibayar sepenuhnya.
Legenda berusia 43 tahun itu kini memiliki kelab pencabar dari Catalan dalam saingan La Liga, Real Valladolid.
Dan ketika bercakap dalam seminar dianjurkan Santander, dia berkata: "Mungkin terlalu sukar untuk dia meninggalkan Barcelona pada ketika ini, terutama ketika ada krisis dalam keputusan mereka hadapi.
"Messi ialah rujukan kepada pasukan dan jika saya Barcelona, saya tidak akan membenarkan dia meninggalkan kelab atas apa juga situasi.
"Dia memiliki hubungan yang kuat dan hebat dengan kelab dan saya tidak rasa dia sudah tidak menyayangi pasukan itu." - Agensi
Sumber : Tak mungkin Messi tinggalkan Barcelona - Ronaldo
0 Comments