Tersebar Berita Anak VIP Ditahan di Pub Langgar PKP Adalah Cucu Tun. Mukhriz Akhirnya Sahkan Hal Sebenar

Semalam, Polis Diraja Malaysia mengesahkan seorang anak kenamaan atau VIP ditahan kerana meIangg4r Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah kelab malam di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail di sini.

Penahanan itu dilakukan pada 22 Ogos lalu, kira-kira jam 1.20 pagi melalui satu operasi diadakan pihak polis.

Susulan itu tersebar maklumat mengatakan anak VIP yang dimaksudkan adalah Meera Alyanna, anak kepada Mukhriz dan juga cucu kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penjelasan Mukhriz

Mukhriz Mahathir mengesahkan anak dan menantunya antara individu ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata, beliau sendiri sudah memberi peringatan kepada seluruh anggota keluarganya, supaya sentiasa mematuhi perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang ditetapkan Putrajaya dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

” Saya sudah pesan kepada kaum keluarga, musim PKPP jangan Iangg4r dan mesti tunjukkan contoh yang baik.

” Sebab itulah saya rasa kecewa apabila peIangg4ran tetap berlaku dan memang patutlah kompaun dikenakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Bandar Felda Besout 3, Perak hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim menafikan pihaknya mengamalkan “double standard” terhadap mana-mana individu termasuk anak seorang kenamaan yang didapati meIangg4r PKPP, baru-baru ini.

Mazlan berkata, pihaknya terkesan isu yang ditularkan di media sosial berkaitan tangkapan anak seorang kenamaan yang didakwa meIangg4r PKPP tetapi terlepas daripada tindakan.

Menurut kenyataan, polis pada 22 Ogos lalu jam 1.20 pagi menjalankan serbuan di sebuah pub di Jalan Rahim Kajai 14, TTDI, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan, polis menahan seorang lelaki India berusia 37 tahun dipercayai pengurus premis, seorang lelaki warga Bangladesh dan 3 wanita Filipina disyaki pekerja di premis berkenaan.

Mukhriz pada masa sama turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada polis yang bersikap tegas dengan mengambil tindakan secara adil dan saksama terhadap anak dan menantunya tanpa bersikap pilih kasih.

” Memang benar, anak dan menantu saya sudah dibawa ke balai bersama 27 orang yang lain atas kesalahan meIangg4r PKPP.

” Mengikut kenyataan polis, mengikut undang-undang berkaitan mereka semua dikenakan kompaun RM1,000. Semua sudah bayar termasuk anak dan menantu saya.

” Polis adil dan saksama, tidak ada unsur pengurangan dari segi kompaun. Ikut undang-undang kena bayar RM1,000 dan tidak ada pengurangan kompaun.

” Kita juga syukur tidak dinaikkan. Polis berkeupayaan menguatkuasa dalam cara adil dan tidak pilih kasih,” katanya.

Sumber: freemalaysiatoday




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments