Alli, Mourinho bergaduh

LONDON: Dele Alli bergaduh dengan bos Tottenham, Jose Mourinho sebelum kekalahan hujung minggu lalu dakwa bekas bintang England.

Pemain tengah itu dikeluarkan pada babak pertama ketika pasukannya tewas 1-0 di laman sendiri kepada Everton.

Dan bekas tonggak Aston Villa, Gabby Agbonlahor, yang kini pengkritik talkSPORT berkata: "Saya rasa mereka perlukan nombor  10 kerana saya dengar daripada sumber yang bagus bahawa Dele Alli dan Mourinho bergaduh."

Mourinho berkata dia membuat pertukaran kerana mahukan lebih kreativiti daripada pemain tengahnnya sambil memanggil mereka "malas".

Pengendali dikenali sebagai Special One itu juga berulang kali menyatakan dia mahu mendapatkan seorang lagi penyerang.

Dele, 24, gagal menyerlah di bawah kendalian Mourinho.

Bos Spurs itu memanggilnya "f*****g malas" dalam dokumentari Amazon mengenai kelab berkenaan.

Agbonlahor yang bermain 300 kali buat Villa dan tiga kali menyarung jersi England, percaya Spurs memerlukan seorang lagi penyerang.

- AGENSI



Sumber : Alli, Mourinho bergaduh

Post a Comment

0 Comments