Arab Saudi, AS bincang kestabilan wilayah

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman bertemu dengan penasihat kanan presiden Amerika Syarikat (AS), Jared Kushner, semalam untuk membincangkan kestabilan wilayah.

Agensi berita negara SPA melaporkan, rundingan terbabit merangkumi prospek proses perdamaian di rantau itu dan keperluan untuk meneruskan rundingan antara pihak Palestin dan Israel 'untuk mencapai perdamaian yang adil dan berkekalan.'

Dalam pertemuan itu, mereka juga membincangkan cara untuk memperkukuhkan perkongsian dua hala dalam semua bidang, 'terutama dengan cara yang dapat mencapai keamanan dan kestabilan di rantau itu dan apa yang menjamin pengukuhan keamanan dan keamanan antarabangsa.'

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan.

Kushner berada di Arab Saudi selepas mengadakan perbincangan dengan Raja Bahrain di Manama dan terdahulu mengakhiri lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penasihat kanan presiden AS itu mengunjungi negara-negara Teluk selepas perjanjian 13 Ogos antara UAE dan Israel untuk menormalkan hubungan. - AGENSI



Sumber : Arab Saudi, AS bincang kestabilan wilayah

Post a Comment

0 Comments