” Beberapa hari lalu, saya ada menghantar WhatsApp pada ayah supaya jangan turun ke laut kerana cuaca tak menentu sekarang ini, tapi ayah turun juga.
” Saya hanya mengetahui ayah jatuh laut di kawasan Tanjung Dawai selepas dihubungi adik tapi saya macam tak percaya sebelum saya hubungi pakcik yang pergi dengan ayah dan dia mengesahkan betul,” kata Mohd Haris Zulkifli, 27.
Mohd Haris adalah anak sulung Zulkifli Mohamad, 52, nelayan yang ditemui lem4s selepas bot dinaiki bersama abangnya, Jaafar Mohamad, 57, diremp0h sebuah bot fiber ketika mereka sedang menangkap ikan jam 10 malam semalam.
Kjadian berlaku berhampiran jeti pelantar Segantang Garam, Merbok ketika dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan sejak jam 5.30 petang kelmarin.
Bagaimanapun may4t ditemui jam 8.10 pagi tadi kira-kira dua kilometer dari tempat mngsa dipercayai terjatuh oleh sebuah bot nelayan tempatan yang turut melakukan pencarian.
Tergerak hati pulang jumpa ayah
Mohd Haris berkata, dia memang tergerak hati nak jumpa bapanya sebab sejak Aidiladha lalu, dia sibuk dengan kerja dan tidak dapat bertemu arwah yang menetap di Merbok.
” Memang saya duk rancang dengan isteri nak balik jumpa ayah esok atau lusa tapi tak sangka pula kjadian burvk ini berlaku,” katanya.
Menurutnya, bapanya sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori namun berhenti sebelum menjadi nelayan.
” Ayah pernah hubungi saya tanya bila nak balik rumah sebab saya menetap di Lembah Bujang tapi saya kata tak sempat lagi sebab kerja.
” Itu yang saya tergerak hati sejak kelmarin memang nak balik tengok ayah, tapi jadi macam ni, saya reda,” katanya yang juga anak sulung dari lima beradik itu.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, operasi yang memasuki hari kedua membabitkan empat agensi penyelamat dan beberapa bot nelayan berhampiran.
Beliau berkata, operasi membabitkan seramai 32 anggota dan pegawai serta lebih 60 nelayan tempatan.
” M4yat diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hspital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mahmad Faizal berkata, pada masa yang sama komuniti maritim turut diingatkan sentiasa berwaspada dengan cuaca dan keperluan memiliki Personal Locator Beacon (PLB) sebagai alat tambahan ketika menghadapi kec3masan di laut.
Alat berkenaan dapat membantu menyingkatkan tempoh masa pencarian dengan menghantar isyarat kec3masan berserta lokasi.
” Sebarang maklumat mengenai kemalangan atau kec3masan di laut boleh dihubungi melalui talian kec3masan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya.
via 1 MIN READ
0 Comments