Bicara 1MDB: Wang untuk beli tanah di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Wang terbitan bon berjumlah AS$3 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk membeli tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang sebagai satu inisiatif UMNO berkempen bagi pilihan raya pada 2013.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, berkata ketika berkempen dalam satu ceramah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan tanah yang dibeli itu akan dimajukan 1MDB untuk membina rumah mampu milik di negeri terbabit.

Beliau berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memberitahunya, wang daripada terbitan bon itu disegerakan kerana akan digunakan bagi tujuan pilihan raya dan membayar hutang Standard Chartered yang dulunya dipinjam untuk membiayai Pelaburan Petro Saudi.

Katanya, 1MDB memerlukan wang yang banyak dengan kadar segera sehingga sanggup membayar fi yang tinggi kepada syarikat Goldman Sachs dalam penerbitan bon itu.

Mohd Hazem berkata, demikian pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik wang 1MDB dihadapi Najib.



Sumber : Bicara 1MDB: Wang untuk beli tanah di Pulau Pinang

Post a Comment

0 Comments