China-India wajar laksanakan konsensus lima penjuru dimeterai

MOSCOW: China dan India seharusnya melaksanakan sepenuhnya konsensus lima penjuru yang dimeterai, Khamis lalu di kawasan sempadan, selain hubungan dua hala luar negara.

Kaunselor dan Menteri Luar China, Wang Yi, ketika bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata pihaknya menyedari dunia memberi perhatian terhadap hubungan China-India.

Menurut Wang, beliau dan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar berbincang secara mendalam dan bertukar pendapat mengenai situasi di sempadan, selain isu hubungan dua hala, pada mesyuarat menteri luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai.

Sebelum itu, Wang berkata, beliau turut berhubung bersama Jaishankar dan Penasihat Keselamatan India, Ajit Doval di telefon, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Pada mesyuarat Khamis lalu, India melahirkan kesediaan untuk meredakan ketegangan di sempadan menerusi saluran diplomatik serta politik, dan China turut bersedia melakukan yang sama.

Kedua belah pihak mencapai konsensus lima penjuru berhubung situasi semasa dan mengeluarkan kenyataan bersama, pada Khamis.

Menurut Wang, China mengharapkan konsensus berkenaan dilaksanakan pada kadar segera.

Keutamaan pertama ialah pasukan barisan hadapan India tidak boleh mencabuli komitmen mereka di sempadan, dan ia bermakna kejadian tembakan perlu dielakkan sama sekali, kata pemimpin kanan China itu.

Sementara itu, pegawai rentas sempadan India dan peralatan mereka perlu dikeluarkan pada kadar segera, bagi memastikan keamanan serta kestabilan serantau. - BERNAMA



Sumber : China-India wajar laksanakan konsensus lima penjuru dimeterai

Post a Comment

0 Comments