COVID-19: 6 kes baharu dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA: Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, membabitkan masing-masing tiga penularan tempatan dan jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini mencecah 9,397 dengan 154 kes aktif.

Beliau berkata, tiga kes penularan dalam negara itu membabitkan rakyat tempatan, iaitu dua jangkitan dikesan di Sabah melalui Kluster Benteng Lahad Datu (LD) dan satu lagi di Pulau Pinang ketika saringan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di sebuah pusat rawatan.

"Tiga kes import yang dikesan pula membabitkan warga asing, iaitu dua jangkitan dari Indonesia dan satu lagi dari Bangladesh," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, dua pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh, hari ini, menjadikan jumlahnya mencecah 9,115 kes (97 peratus).

Selain itu, tiada pertambahan kematian akibat wabak berkenaan dengan jumlahnya kekal 128 kes (1.36 peratus).



Sumber : COVID-19: 6 kes baharu dilaporkan hari ini

Post a Comment

0 Comments