Dakwaan Hiina Rambut Dah Rupa Orang AsIi, Siti Sarah Akhirnya Mohon Maaf Dan Ini Penjelasan Beliau

” Saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang AsIi.

Demikian kata-kata penyanyi Siti Sarah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Orang AsIi susulan kontroversi dia didakwa menghiina Orang AsIi.

Sarah berkata, sebagai seorang penyanyi dan usahawan, dia amat mementingkan etika dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah setiap hantaran yang dimuat naik di media sosial.

” Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sarah mohon supaya isu itu tidak lagi diperbesarkan lagi.

” Lebih dua dekad berada dalam industri muzik tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap hantaran yang ingin dimuat naik di media sosial.

” Saya percaya segala perbuatan saya akan menjadi perhatian masyarakat.

” Namun, susulan insiden yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.

” Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan mereka tanpa mendapat keizinan sehingga menjadi tular.

Terdahulu, Sarah menjadi mangsa kecaman warganet di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dia menghiina masyarakat Orang AsIi.

Video itu menjadi tumpuan warga maya selepas ia dimuat naik seorang individu menerusi akaun Twitter Uncle Barry Fuzirbarry.

Sementara itu, Ridzo Okumura menerusi satu hantaran video yang dimuat naik semalam tampil membuat permohonan maaf terlebih dahulu dan akan lebih peka terhadap setiap perkara yang ingin dilakukan.

” Saya, Ridzokomura dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia dan masyarakat Orang AsIi khususnya yang terkesan dengan video viral yang membabitkan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin baru-baru ini.

” Syarikat kami, House of Ridz Okumura Sdn Bhd mengambil khilaf ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan sekali lagi ingin memohon maaf kepada Sarah kerana sejujurnya, video yang viral seperti yang diperkatakan tidak sepatutnya dimuat naik di mana-mana media sosial.

” Saya percaya, Sarah seorang selebriti yang beretika dan video itu juga dimuat naik tanpa pengetahuannya, apatah lagi kami tidak meminta kebenarannya untuk dimuat naik.

” Sekali lagi, pihak kami ingin memohon maaf kepada Sarah,” katanya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments