Lelaki empat isteri rogol anak tiri

SEORANG lelaki tergamak memperkosa anak tirinya selama hampir empat tahun walaupun sudah memiliki empat isteri.

Kejadian di Kecamatan Paya Bakong, Kabupaten Aceh Utara itu dipercayai berlaku ketika mangsa masih bersekolah.

Ketua Polis Aceh Utara, Rustam Nawawi berkata, berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada mangsa, suspek turut mengugut untuk membunuhnya dan menceraikan ibunya yang juga isteri keempat suspek sekiranya mangsa membuat laporan.

“Suspek ditangkap pada 1 September lalu dan mangsa adalah anak kandung kepada isteri keempat suspek,” katanya dalam laporan Kompas.

Menurutnya, perbuatan terkutuk itu dilakukan sejak mangsa masih bersekolah darjah tiga dan mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya.

“Keluarganya kemudian membuat laporan polis dan mangsa dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan mangsa mengatakan ia diperkosa sejak empat tahun lalu, sebaliknya perbuatan itu dilakukan antara Mei dan Ogos tahun ini,” katanya.

Suspek didakwa di bawah Qanun (peraturan daerah) berkaitan jenayah pasal 50 yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 150 bulan.

The post Lelaki empat isteri rogol anak tiri first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments