Enam warga asing, 13 GRO Vietnam dicekup ingkar PKPP

KUALA LUMPUR: Seramai 19 warga asing termasuk 13 wanita Vietnam disyaki pelayan khidmat pelanggan (GRO) ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuchai Entrepreneurs Park, awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 2.45 pagi itu, polis turut menahan 31 pengunjung kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddini, berkata kesemua individu terbabit berusia antara 18 hingga 50 tahun.

"Semua warga asing direman selama 14 hari sehingga 25 September manakala pengunjung dikompaun RM1,000 setiap seorang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992 serta Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.



Sumber : Enam warga asing, 13 GRO Vietnam dicekup ingkar PKPP

Post a Comment

0 Comments