
KUALA LUMPUR: Kedah meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan FELDA United FC 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.
Anak buah Aidil Sharin Sahak bagaimanapun cemas sebelum menang apabila Syahmi Zamri meletakkan The Fighters di depan pada minit ke-46.
Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Tchetche Kipre meledak gol penyamaan buat Kedah pada minit ke-48.
Hadin Azman menceriakan kem Kedah apabila meledak gol kemenangan Helang Merah pada minit ke-66, sekali gus membawa pulang tiga mata.
Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hasrat PJ City merekodkan kemenangan di gelanggang sendiri tidak kesampaian apabila terikat 1-1 dengan Sabah.
PJ City terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Elizeu Araujo pada minit ke-51 sebelum Rodoljub Paunovic menyamakan kedudukan buat Sabah ketika perlawanan berbaki tiga minit.
Sumber : Kedah cemas sebelum menang
0 Comments