ESSCOM lancar Ops Cegah PATI Khas, di 3 daerah.

SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melancarkan Op Cegah Pati (OCP) Khas di tiga daerah di kawasan pantai timur meliputi Semporna, Kunak dan Lahad Datu di sini bagi mengekang penularan COVID-19.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman, berkata operasi itu sebahagian langkah proaktif bagi mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berkemungkinan dijangkiti wabak COVID-19.

Katanya, fasa pertama operasi itu akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 30 September depan.

"Kita percaya ada kemungkinan PATI yang pernah bekerja di negeri ini cuba untuk datang semula menggunakan laluan tikus menerusi tiga daerah berkenaan.

"Kehadiran pasukan keselamatan di kawasan yang sudah dikenal pasti boleh mewujudkan elemen cegah rintang sekali gus mengekang kemasukan mereka juga penjenayah lain seperti penjenayah rentas sempadan termasuk kumpulan penyeludup Abu Sayyaf," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai memberi kerjasama kepada anggota keselamatan dalam menjayakan operasi berkenaan.



Sumber : ESSCOM lancar Ops Cegah PATI Khas, di 3 daerah.

Post a Comment

0 Comments