Everton atasi Tottenham

LONDON: Carlo Ancelotti semakin yakin Everton mampu menyaingi kelompok enam teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tandukan Dominic Calvert-Lewin memberikan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur.

Ia adalah kemenangan pertama Everton ke atas Tottenham sejak tahun 2012.

Ancelotti menandatangani James Rodriguez, Abdoulaye Doucoure dan Allan untuk memperkuat skuadnya yang menamatkan liga di tempat ke-12 musim lalu.

"Kami membuktikan yang kami mampu bersaing, ia mesej yang amat penting - bahawa kami mampu bersaing jika semangatnya bagus, sikapnya betul.

"Saya katakan sebelum perlawanan yang sasaran kami ialah memburu tempat di kejohanan Eropah. Perlawanan pertama bagus, kami perlu melihat perlawanan kedua dan ketiga. Jadi kita perlu menunggu seketika tetapi saya amat yakin.

"Saya yakin sebelum perlawanan ini dan sekarang keyakinan saya lebih tinggi, tetapi kami perlu sentiasa fokus," kata Ancelotti.

Spurs yang mengharapkan permulaan baik pada musim penuh pertama Jose Mourinho sebagai pengendali, seperti kekeringan idea dalam aksi di laman sendiri itu.

"Saya tidak suka pasukan saya. Selepas gol mereka kami beraksi teruk. Kami lemah daripada segi fizikal, tidak ada kesungguhan," kata Mourinho.

- AFP



Sumber : Everton atasi Tottenham

Post a Comment

0 Comments