Gasly menang GP Itali

MONZA, Itali: Pierre Gasly menang perlumbaan Grand Prix Itali dekat Monza sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan pertamanya dalam Formula Satu selepas 55 perlumbaan.

Pemandu Perancis daripada pasukan Alpha Tauri itu mengambil kesempatan daripada kelewatan 25 minit kerana bendera merah selepas Charles Leclerc terbabit dalam kemalangan bersama jentera Ferrari.

Pemandu yang bermula daripada petak depan, Lewis Hamilton hampir mencipta kemenangan sebelum penalti 10 saat memaksa pemandu Mercedes ke barisan belakang. - AFP



Sumber : Gasly menang GP Itali

Post a Comment

0 Comments