Hukuman tambahan buat Foden, Greenwood

LONDON: Bintang England yang disingkirkan, Phil Foden dan Mason Greenwood akan terlepas empat perlawanan antarabangsa selepas ini apabila dihantar pulang dalam keadaan yang memalukan.

Pemain Manchester City dan Man Utd itu tiba di UK malam tadi selepas disingkirkan daripada skuad Gareth Southgate bagi berdepan Denmark awal pagi esok.

Foden, 20, meminta maaf kerana kesalahan 'tidak boleh diterima' membabitkan COVID-19 apabila pasangan itu membawa pulang wanita ke bilik hotel pasukan malam minggu lalu di Iceland.

Pasangan itu yang membuat kemunculan pertama bersama skuad Three Lions ketika menang 1-0 di Reykjavik 24 jam sebelum itu, didenda £1,360 (RM7,448) oleh polis tempatan.

FA England juga sudah menjalankan siasatan dan memohon maaf kepada bola sepak Iceland.

Foden dan Greenwood, 18, dihantar pulang ke kelab mereka dengan kedua-dua kelab berang dengan tindakan bintang mereka.

Seorang daripada wanita berkenaan, model Nadia Sif Lindal Gunnarsdottir, 20, mendedahkan dia berbual dengan Greenwood sebelum terbang ke Iceland.

Dia dan sepupunya yang berusia 19 tahun, Lara Clausen pergi ke hotel pada Ahad dan memberitahu The Mail: "Kami bertemu dalam talian. Saya bercakap dengan Mason selama beberapa hari sebelum mereka ke Iceland.

"Mereka tahu yang mereka perlu dikuarantin, tapi kami rasa jika mereka bermain di Iceland, mereka pasti sudah menjalani ujian dan ia OK." - Agensi



Sumber : Hukuman tambahan buat Foden, Greenwood

Post a Comment

0 Comments