MAQIS sasar kutipan RM84 juta pelbagai caj, tahun ini

BAYAN LEPAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menjangka jumlah kutipan pelbagai caj pemeriksaan dan permit penguatkuasaan di pintu masuk meningkat sebanyak dua peratus, tahun ini walaupun ketika COVID-19.

Ketua Pengarah MAQIS Malaysia, Saiful Yazan Alwi, berkata pihaknya menyasarkan RM82 juta kutipan pelbagai caj termasuk pemeriksaan, permit, pertanian dan kompaun berbanding RM80 juta, pada 2019.

Katanya, sejak Januari hingga Ogos lalu, sebanyak RM44 juta caj berkenaan sudah dikumpul.

"Walaupun berdepan dengan COVID-19, prestasi MAQIS meningkat 58.1 peratus berbanding sasaran 40 peratus.

"Caj permit eksport menunjukkan penurunan, namun caj permit import makanan meningkat," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Saiful Yazan turut melakukan simbolik penyerahan jentera angkat susun atau 'forklift' kepada Zarina bagi kegunaan pihak berkenaan di negeri ini.

Saiful Yazan berkata, pihaknya sudah mengemukakan penambahan bilangan anggota MAQIS kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di kesemua 57 pintu masuk negara.

"Kita masih menunggu maklum balas permohonan itu dan berharap 300 anggota ditambah menjelang akhir 2020," katanya.



Sumber : MAQIS sasar kutipan RM84 juta pelbagai caj, tahun ini

Post a Comment

0 Comments