Niat Kongsi Alamat Ajak Jumpa Depan-Depan, Tapi Sorang Pun Tak Datang. Ali Puteh Mula Bersuara

” Jemput tuan tuan dan puan puan..”

Itu status dimuatnaik pelawak dan pelakon Ali Puteh di Instagram beliau sambil berkongsi keratan alamat tertera di kad pengenalannya.

Tujuan Ali berkongsi gambar alamat rumah daripada MyKad miliknya di Instagram bagi memudahkan warganet yang ingin bersemuka bagi membincangkan isu yang membelenggu keluarganya sejak kematian abang, Allahyarham Abam Bocey.

Menurutnya, dia bukan mahu menunjukkan bahawa dia kuat atau hebat, sebaliknya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan membuat perbincangan.

” Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram.

” Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman.

” Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang,” katanya kepada Harian Metro.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia bukan ingin menunjukkan bahawa dirinya hebat sebaliknya ingin menjelaskan situasi yang berlaku.

” Saya bukan nak tunjuk saya hebat atau kuat, tapi saya tak mahu orang cakap, saya putar belit. Jadi, biar jumpa secara bersemuka,” katanya.

Ali juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut di Instagram yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya.

” Ada antara pengikut saya yang tak henti-henti menulis mesej dan memberikan kata semangat . Sedikit sebanyak, itu yang menjadi kekuatan untuk saya,” katanya.

Di Instagram, gambar alamat dari MyKad yang kongsikan Ali sejak semalam itu, menerima hampir 2,500 ‘like’ dan hampir 1,500 komen daripada warganet.

Ali sebelum ini menyaman balas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali selepas beberapa saman difailkan oleh Hidayah terhadap dia serta ibunya, Sabariah Arshad.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, masih terdapat segelintir warganet yang menulis komen bersifat mengec4m meskipun tidak tahu cerita hujung pangkal.

Namun tidak semua, kerana ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepada Ali.

” Mana yang dok ktuk ali tu…pi la umah dia….jangan sembang berapi dlm ni….orang dah bagi alamat o la terjah.. apa-apa pun kami tetap sapot hang ali..keep.it up..” tulis YanaZainol

” Biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri. Kita ni org luar doakan mereka dpt selesaikan dgn baik.. ini korang jadi batu api..menghiina..” tulis Sarzi




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments