Nippon Paint perkenal cat VirusGuard, 99% efektif menentang Coronavirus manusia

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia, pengeluar cat terkemuka di negara ini, Nippon Paint Malaysia (Nippon Paint) memperkenalkan ciri tambahan baharu, Nippon Paint VirusGuard, yang dilengkapi keupayaan anti virus dan bakteria.

Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint, Yaw Seng Heng, berkata produk itu sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan pengguna di Malaysia dengan ujian makmal membuktikan VirusGuard berkesan melawan 99 peratus Coronavirus manusia (strain 229E).

Image

Beliau berkata, keberkesanan cat itu diuji dengan Coronavirus manusia, ATCC VR-740, strain 229E oleh Analytical Lab Group, awal tahun ini dengan VirusGuard menunjukkan pengurangan 99.9 peratus pada titer virus selepas bersentuhan pada lapisan cat.

"Selepas pelancaran cat yang memberi fokus kepada kesihatan dan kesejahteraan, dua dekad lalu, kami membawa pelbagai penyelesaian baharu seperti Siri Pilihan Hijau, Rangkaian Kesejahteraan Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Ruang Tertutup.

"Inovasi cat terbaru yang dipertingkatkan ini tepat pada masanya, ketika rakyat Malaysia kini menyesuaikan diri dengan norma baharu dan mengambil langkah berjaga-jaga di rumah dan pejabat untuk keselamatan semua," katanya ketika sesi bersama media di sini.

Strain 229E adalah strain Coronavirus pertama dikenal pasti dalam keluarga virus dan dikaitkan dengan simptom selesema biasa dan jangkitan saluran pernafasan.

Seng Heng berkata, Nippon Paint VirusGuard dihasil menggunakan Teknologi Silver Ion yang terbukti berkesan mengurangkan pembiakan virus dan bakteria yang menjadi punca kepada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), influenza A (H1N1), Escherichia coli dan Staphylococcus aureus serta Coronavirus manusia strain 229E.

"Penyakit berkaitan pernafasan terus membebankan kesihatan manusia, selain antara punca penyakit teruk dan kematian paling biasa pada peringkat global, walaupun strain 299E berbeza berbanding strain Coronavirus yang menyebabkan pandemik COVID-19. 

"Teknologi Silver Ion selamat kepada golongan dewasa, kanak-kanak dan haiwan, selain mencegah penyebaran virus serta bakteria melalui pendekatan tiga kaedah iaitu menyahaktif fungsi virus dan bakteria, mengurangkan keupayaan bertambah atau merebak serta menyekat pertumbuhannya, seterusnya mematikan bakteria dan virus," katanya. 

ImageTeknologi Silver Ion mencegah penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran Nippon Paint, Datin Wong Meng Lee, berkata pihaknya komited menerusi peluang, teknologi baharu dan penyelesaian inovatif kepada semua pengguna yang menyokong produk mereka selama ini.

"Kita berhasrat mewujud dan memastikan rumah, pejabat dan ruang awam sentiasa selamat serta kondusif, khususnya bagi menghadapi pandemik, selain mengikuti langkah pencegahan lain.

"Sesuai bagi ruang dalaman, selain Nippon Paint VirusGuard memiliki ciri anti virus dan bakteria, sebatian organik mudah meruap sangat rendah, mudah dibasuh, tahan sental, kulat dan kulapuk, warna tahan lama serta mudah diselenggara," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cat Nippon Paint VirusGuard, layari https://ift.tt/32DQFFI

Image



Sumber : Nippon Paint perkenal cat VirusGuard, 99% efektif menentang Coronavirus manusia

Post a Comment

0 Comments